Assalamualaikum, Antara murid yang rajin merespon dan mahu belajar yang ada dalam kelas tahun 3 bernama Raudah.
Antara sikap yang boleh dicontohi oleh murid lain adalah, Raudah akan sedaya upaya menghantar tugasan secepat mungkin dan bertanya bila tidak memahami tugasan yang diberikan.
Saya masih ingat lagi, tugasan membuat Buku Skrap tentang Sunat Ab'ad dan Hai'at, Raudah telah siapkan sebuah buku skrap dan membuat video untuk melaporkan buku Skrapnya.
Disaat murid lain memikirkan aktiviti membuat buku skrap adalah susah, Raudah menjadikan itu sebgaai cabaran untuk dia atasi sedaya kemampuan. Saya percaya dia juga telah mendapatkan bantuan idea dan sokongan moral dari ibubapa dan adik beradiknya juga yang selalu 'outstanding' dalam menyiapkan kerja tugasan sekolah seperti Aina, kakaknya yang berada di Tingkatan 1 dan abangnya yang bernama Abdul Kabir di Tahun 5.
Setiap kali Raudah menghantar tugasan, dia mudah menerima teguran dan memperbaiki kesilapannya.

Teruskan Usaha yang AMAT MEMBANGGAKAN ini ya Raudah. Moga murid lain mencontohi sikap ini dan sama-sama melakar kejayaan.
Hakikatnya, sekarang bukan lagi mengira siapa nombor satu, siapa nombor dua, siapa nombor tiga. Tapi semua murid diberikan peluang yang sama untuk mencapai kejayaan. Guru-guru berperanan untuk membantu murid yang ingin dibantu dan berusaha sungguh-sungguh untuk berjaya. Walaupun ada murid yang tidak berminat belajar. Sebenarnya, mereka kurang inspirasi kerana memikirkan telah ada murid yang berada pada tempat pertama, kedua dan ketiga.. maka tempat keempat dan kebawah bukan murid yang pandai.
Anggapan seperti ini adalah salah.
Semua murid yang mahu mengubah diri dan mahukan kejayaan boleh dapat markah yang mereka tertinggi yang ingin dicapai. Asalkan berusaha dan jelas matlamatnya. Semakin kuat usahanya, semakin tinggi pencapaiannya.
Oleh itu, tidak kelewatan untuk dikatakan, murid yang lemah boleh jadi pandai dengan syarat mereka bergerak dan berusaha. Banyak bertanya guru, apa yang perlu dibuat. Merespon dalam perbincangan. Menyiapkan dan menghantar tugasan supaya tahu pencapaian nya sudah sampai mana.

Ibubapa juga berperanan untuk terus memberi sokongan moral kepada anak-anak.
Situasi PKPB ini juga memberikan kita satu gambaran pada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang stabil akan menjadi orang yang paling terkesan apabila berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti sekarang.
Bekerja yang bergaji hari amat terkesan. Maka, tekanan-tekanan ini sepatutnya menjadikan kita lebih memandang kehadapan untuk memastikan anak-anak kita tidak menerima nasib seperti orang kebanyakan sekarang yang hanya mengharap belas ihsan orang melalui pemberian bantuan.

Sebagai guru, saya merasakan anak-anak murid ini semuanya ada masa depan yang cerah kerana telah bersekolah. Mereka akan menjadi bakal pelapis generasi akan datang yang hebat. Mari kita jayakan aspirasi ini.
Berbalik kepada Raudah. Terima kasih kerana kerja keras Raudah memberikan saya inspirasi menulis supaya lebih ramai dapat mengambil pengajaran dan menjadi ikutan murid lain.^^

Saya percaya ramai murid lain yang sama seperti Raudah, buat kalian, teruskan usaha yang baik ini. Bagi yang merasa diri belum seperti Raudah, masih ada kesempatan untuk berubah. Mula untuk siapkan tugasan yang masih tertangguh.
Anda mampu mengubahnya!
Anda mampu mengubahnya!
No comments:
Post a Comment