Assalamualaikum, Hari ini ustazah nak bercerita tentang seorang murid yang rajin dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelasnya.
Murid ini telah menyedari kepentingan untuk membuat kerja tugasan yang diberikan oleh guru dan berusaha merujuk gurunya dan berazam untuk melaksanakan sehabis baik.
Seperti yang kita seudah maklum, dalam kelas kita tidak lihat siapa yang paling pandai. Sebaliknya kita tengok semua yang berpotensi untuk dipandaikan. Mereka yang paling banyak perubahan dalam tempoh pembelajaran ke arah yang lebih baik akan dipilih sebagai pelajar yang 'BERPOTENSI'.
Manakala murid yang telah mencapai tahap pandai, sekiranya dia membantu murid lain yang memerlukan bantuan akan mencapai TP6 serta merta kerana kualiti diri yang ada iaitu dia boleh memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk membantu yang lain dan akhirnya akan melahirkan ramai lagi murid yang pandai.
Dalam pengamalan Pendidikan Islam, aplikasi adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada sesuatu teori yang dipelajari. Maka, mahu tidak mahu semua murid mesti cuba untuk melaksanakan amali secara kendiri untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran akhirnya memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
Oleh itu, Minggu ini adalah bermulanya projek hafalan Bacaan Solat yang bakal direkod di dalam folio.
Ibubapa adalah pengantara yang penting dalam program ini.
Murid yang benar-benar bersungguh adalah murid yang akan menerima kebaikan dunia akhirat kerana mampu melaksanakan solat dengan sempurna pada awal usia. Maka, pahala akan diterima lebih awal dari orang yang lambat menghafal bacaan solat.
Ustazah amat menantikan hasil dari setiap murid!^^
TIPS: Untuk menghafal dengan hafalan yang BETUL DAN TEPAT, haruslah memperdengarkan BACAAN kepada ustazah sebelum memulakan proses hafalan.
No comments:
Post a Comment