Monday, November 30, 2020

Murid Yang Suka Memajukan Diri

 Assalamualaikum, Hari ini ustazah nak bercerita tentang seorang murid yang rajin dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelasnya.

Murid ini telah menyedari kepentingan untuk membuat kerja tugasan yang diberikan oleh guru dan berusaha merujuk gurunya dan berazam untuk melaksanakan sehabis baik.

Seperti yang kita seudah maklum, dalam kelas kita tidak lihat siapa yang paling pandai. Sebaliknya kita tengok semua yang berpotensi untuk dipandaikan. Mereka yang paling banyak perubahan dalam tempoh pembelajaran ke arah yang lebih baik akan dipilih sebagai pelajar yang 'BERPOTENSI'.

Manakala murid yang telah mencapai tahap pandai, sekiranya dia membantu murid lain yang memerlukan bantuan akan mencapai TP6 serta merta kerana kualiti diri yang ada iaitu dia boleh memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk membantu yang lain dan akhirnya akan melahirkan ramai lagi murid yang pandai.

Dalam pengamalan Pendidikan Islam, aplikasi adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada sesuatu teori yang dipelajari. Maka, mahu tidak mahu semua murid mesti cuba untuk melaksanakan amali secara kendiri untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran akhirnya memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.

Oleh itu, Minggu ini adalah bermulanya projek hafalan Bacaan Solat yang bakal direkod di dalam folio.
Ibubapa adalah pengantara yang penting dalam program ini.

Murid yang benar-benar bersungguh adalah murid yang akan menerima kebaikan dunia akhirat kerana mampu melaksanakan solat dengan sempurna pada awal usia. Maka, pahala akan diterima lebih awal dari orang yang lambat menghafal bacaan solat.

Ustazah amat menantikan hasil dari setiap murid!^^


TIPS: Untuk menghafal dengan hafalan yang BETUL DAN TEPAT, haruslah memperdengarkan BACAAN kepada ustazah sebelum memulakan proses hafalan.


Saturday, November 21, 2020

Thursday, November 19, 2020

Perbincangan Berpasangan

 Aktiviti Perbincangan berpasangan ini saya jalankan pada murid-murid tahun 5. Mereka ada menyuarakan kesukaran untuk berbincang. Tapi setelah dibantu guru. Akhirnya 2 kumpulan berjaya dibina.

Hasilnya, kedua-dua kumpulan ini menghasilkan kerja yang dikehendaki.

Tahniah Kumpulan Harimau dan Serigala!

Hadiah mereka ditangguh sehingga pembetulan dibuat.Hehe..

Apapun, ia adalah pengalaman bermakna untuk mereka dalam fatrah PKPB ini.




Murid Paling Rajin Tahun 3

 


Assalamualaikum, Antara murid yang rajin merespon dan mahu belajar yang ada dalam kelas tahun 3 bernama Raudah.



Antara sikap yang boleh dicontohi oleh murid lain adalah, Raudah akan sedaya upaya menghantar tugasan secepat mungkin dan bertanya bila tidak memahami tugasan yang diberikan.

Saya masih ingat lagi, tugasan membuat Buku Skrap tentang Sunat Ab'ad dan Hai'at, Raudah telah siapkan sebuah buku skrap dan membuat video untuk melaporkan buku Skrapnya.

Disaat murid lain memikirkan aktiviti membuat buku skrap adalah susah, Raudah menjadikan itu sebgaai cabaran untuk dia atasi sedaya kemampuan. Saya percaya dia juga telah mendapatkan bantuan idea dan sokongan moral dari ibubapa dan adik beradiknya juga yang selalu 'outstanding' dalam menyiapkan kerja tugasan sekolah seperti Aina, kakaknya yang berada di Tingkatan 1 dan abangnya yang bernama Abdul Kabir di Tahun 5.

Setiap kali Raudah menghantar tugasan, dia mudah menerima teguran dan memperbaiki kesilapannya.


Teruskan Usaha yang AMAT MEMBANGGAKAN ini ya Raudah. Moga murid lain   mencontohi sikap ini dan sama-sama melakar kejayaan.

Hakikatnya, sekarang bukan lagi mengira siapa nombor satu, siapa nombor dua, siapa nombor tiga. Tapi semua murid diberikan peluang yang sama untuk mencapai kejayaan. Guru-guru berperanan untuk membantu murid yang ingin dibantu dan berusaha sungguh-sungguh untuk berjaya. Walaupun ada murid yang tidak berminat belajar. Sebenarnya, mereka kurang inspirasi kerana memikirkan telah ada murid yang berada pada tempat pertama, kedua dan ketiga.. maka tempat keempat dan kebawah bukan murid yang pandai. 

Anggapan seperti ini adalah salah.

Semua murid yang mahu mengubah diri dan mahukan kejayaan boleh dapat markah yang mereka tertinggi yang ingin dicapai. Asalkan berusaha dan jelas matlamatnya. Semakin kuat usahanya, semakin tinggi pencapaiannya.

Oleh itu, tidak kelewatan untuk dikatakan, murid yang lemah boleh jadi pandai dengan syarat mereka bergerak dan berusaha. Banyak bertanya guru, apa yang perlu dibuat. Merespon dalam perbincangan. Menyiapkan dan menghantar tugasan supaya tahu pencapaian nya sudah sampai mana.

Ibubapa juga berperanan untuk terus memberi sokongan moral kepada anak-anak.

Situasi PKPB ini juga memberikan kita satu gambaran pada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang stabil akan menjadi orang yang paling terkesan apabila berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti sekarang.

Bekerja yang bergaji hari amat terkesan. Maka, tekanan-tekanan ini sepatutnya menjadikan kita lebih memandang kehadapan untuk memastikan anak-anak kita tidak menerima nasib seperti orang kebanyakan sekarang yang hanya mengharap belas ihsan orang melalui pemberian bantuan.

Sebagai guru, saya merasakan anak-anak murid ini semuanya ada masa depan yang cerah kerana telah bersekolah. Mereka akan menjadi bakal pelapis generasi akan datang yang hebat. Mari kita jayakan aspirasi ini.

Berbalik kepada Raudah. Terima kasih kerana kerja keras Raudah memberikan saya inspirasi menulis supaya lebih ramai dapat mengambil pengajaran dan menjadi ikutan murid lain.^^

Saya percaya ramai murid lain yang sama seperti Raudah, buat kalian, teruskan usaha  yang baik ini. Bagi yang merasa diri belum seperti Raudah, masih ada kesempatan untuk berubah. Mula untuk siapkan tugasan yang masih tertangguh.

Anda mampu mengubahnya!




Perbincangan

 Aktiviti ini telah dilaksanakan di dalam kelas Tahun 4.

Murid dikehendaki membaca nota tentang Adab berpakaian dan membuat ulasan tentang gambar yang dilampirkan oleh guru.

Aktiviti sebegini mengasah kemahiran murid dalam mengeluarkan pendapat dan cara merespon isu yang diberikan.

Aktiviti ini juga memberikan murid pengalaman untuk mempertahankan pendapat dan prinsip yang menepati syarak dengan mengambil dalil-dalil yang ada dan juga hujah lojik.

Beberapa orang murid terkehadapan dalam isu ini..

Aktiviti ini patut diteruskan untuk meningkatkan kualiti murid dalam kemahiran verbal.








Aktiviti Murid Menggunakan PhotoGrid





Pada 3/11 yang lepas, murid tahun 6 dikehendaki membuat aktiviti melalui aplikasi Photogrid. Tajuk mata pelajaran yang di pelajari ketika ini adalah subjek Tajwid. Mereka bebas mencari info berkaitan Ikhfa Hakiki dan menulis semula nota sebagai refleksi kefahaman yang dicapai melalui pencarian maklumat yang dibuat.

Hasilnya mereka mampu menjayakan aktiviti ini dengan jayanya!
Tahniah anak-anak murid yang telah berusaha keras!





 




Assalamualaikum Warga Alam Maya

 Berikutan norma baru untuk sesi persekolahan sempena PKPB bermula awal Oktober 2020, Panitia Pendidikan Islam mengambil keputusan untuk mendokumentasikan semua aktiviti yang dijalankan secara PDPr.

Oleh itu, hasil kerja murid akan dipamerkan di dalam blog ini untuk simpanan Panitia dan sebagai Gallery Work untuk para murid bermula tahun ini sehingga tahun-tahun akan datang.

Kebanyakan murid yang aktif menemui ilmu baru dan dapat meningkatkan pengetahuan masing-masing terutama dalam bidang ICT.

Norma baru ini adalah satu daripada realiti IR 4.0 yang sedang berlaku. Mari kita hadapi bersama dan mengadaptasi segala perubahan dengan tangkas agar tidak ketinggalan di belakang.

Perubahan ini bukan satu ancaman, tapi sebagai satu proses untuk kita lebih mandiri pada masa depan!

Salam Perpaduan Demi Kejayaan.

Buat guru sekalian, kita bukan lagi lilin yang menerangi orang lain, tapi kita adalah orang yang membantu mereka yang lain agar mampu menerangi kehidupan mereka masing-masing, berdikari dengan segala kemampuan dan kapasiti..

Kita boleh lakukannya!

^^